Thursday, 22 March 2012

CAMERON : SEJUK vs PANAS

OOOOO CAMERON

Dulunya sejuk kini semakin suam....jangan sampai bertukar menjadi Kemarau Highlands.
















Cameron Highlands makin panas. Hutannya sentiasa diceroboh oleh tangan-tangan yang tidak memikirkan keseimbangan ekologi. Flora dan Fauna musnah. Tiada lagi hawa dingin yang boleh menusuk sum-sum, dan kehijauan dedaunan semakin jarang dan renggeh. Hutan batu makin sombong memegahkan statusnya sebagai daya tarik dengan harga yang semakin melambung naik. Meskipun ada peraturan, itu hanyalah suatu dokumen sekadar sumpahan tanpa penguatkuasaan. Bila termengah, maka ramailah yang datang dan buat kenyataan, pembangunan tanah tinggi mesti dilarang. Sampai bilakan janji itu akan terlaksana. Sampai ada lagi yang mati kerana tanahnya runtuh dan kulitnya terbakar.

Mungkinkah PEMANDANGAN INI AKAN KITA WARISKAN KEPADA GENERASI KEMUDIANNYA? aTAS ALASAN APA PUN, tidak perlu kita hanya berkumpul untuk memekik, yang afdalnya, kita buat sebagaimana kita janjikan, seperti kita setuju untuk mengetatkan peraturan dan melestarikan keindahan alam, sebagaimana dipertanggungjawab oleh Allah SWT kepada manusia, tidak melakukan kerosakan di atas muka bumi..............................q 











2 comments:

  1. suatu travelog seorang yang kecewa dan pening-pening lalat

    ReplyDelete
  2. Sesuatu pencerahan yg akan memurnikan pemikiran anak-anak muda zaman sekarang.

    ReplyDelete